Tuesday, March 31, 2009

APA ERTI SEMBAH ?


Sembah maksudnya luas dan universal. Maksudnya membesarkan, menghormati, mengagungkan dan mengiktirafkan. Sewaktu kita sembah Tuhan, tidak cukup dengan ada satu ‘rasa’ sahaja. Malahan, lebih baik jika kita himpunkan semua rasa-rasa. Rasakanlah akan kesempurnaan Tuhan.

Orang yang hatinya hidup, tidak patutlah ada satu rasa sahaja. Sebab sembahyang itu menghimpunkan rasa-rasa yang menggambarkan kesempurnaan Tuhan.

Kalau orang yang hatinya sudah mati, mungkin dia akan rasa satu perasaan sahaja yakni dia akan rasa Tuhan memang patut disembah. Sedangkan rasa kehebatan, kebesaran dan hormat pada Tuhan, itu tidak terasa. Sebab itu rasa-rasa ini mesti dilatih sejak dari kecil. Sebab kesan menyembah Tuhan itu tidak sama. Kadang¬kadang kita nampak orang itu secara lahirnya banyak sembahyang tetapi kurang kesannya pada rohnya. Dia umpama hanya membawa rangka tetapi tidak merasa apa-apa.

Kadang-kadang ada orang cukup dengan sembahyang sunat dua rakaat tetapi hati sangat terkesan sebab dia memahami, merasai dan menghayati. Dalam pengakuan sembah itu, yang patut kita rasa ialah rasa Tuhan itu Maha Hebat, Maha Besar dan rasa hormat pada-Nya. Rasa-rasa itulah patut ada waktu kita sembah. Kalau setakat rasa Tuhan memang patut disembah, itu kecil sangat. Itu aqidah asas.

Ia bukan aqidah yang sampai boleh mengubah sikap. Itu hanya asas yang asalnya jangan sampai rosak aqidah. Sebab itu kalau orang kenaI Tuhan dan kenal kelemahan dirinya, apabila sembah Tuhan terasa lazatnya atau ’sedap’nya. Kalau kita ada ibu dan ayah yang penyayang dan bertanggungjawab, bagaimana kalau kita datang menghadap mereka ? Kita mungkin rasa seronok, rasa kuat, dan rasa ‘dapat’ sesuatu. Hendak berpisah, rasa terseksa. Kalau terpisah, rasa rindu. Itu baru dengan ibu ayah. Apatah lagi dengan Tuhan. Tetapi kalau kita sembah Tuhan tanpa kita kenal, iaitu sekadar jangan rosak aqidah, maka akan timbul rasa jemu.

MENGAPA SEMBAH DIDAHULUKAN DARI MEMINTA PERTOLONGAN?

Sembah itu lebih penting manakala ‘meminta pertolongan’ itu sampingan. Sembah itu tauhid atau aqidah maka itu kena di dahulukan. Walaupun meminta tolong itu unsur aqidah tetapi Tuhan sudah buat peraturan, sudah sunnahkan supaya kita lahirkan sebab-sebab. Kita disuruh meminta dengan Tuhan tetapi kena berusaha untuk melahirkan sebab. Itu syariat. Antara syariat dengan aqidah, bukankah aqidah lebih besar.

STAlL TARBIAH TUHAN DALAM AL FATEHAH

Apabila kita bahas lebih jauh lima ayat pertama AI Fatehah ini maka kita dapat melihat bagaimana didikan atau tarbiah Tuhan. Stail tarbiah Tuhan itu sebenarnya ada dalam surah Fatehah. Kalau
para guru, pemimpin dan ibu ayah boleh faham, boleh hayati dan boleh amalkan kepada pengikut, anak buah, murid-murid dan anak-anaknya, insya-AIlah, berkat dari Tuhan, akan sangat memberi kesan.

Mari kita mencungkil dari susunan ayat-ayat AI Fatehah, bagaimana Tuhan mendidik manusia. Sebenarnya didikan dalam AI Fatehah sangat cantik dan sistematik.

Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara tadarruj yakni beransur-ansur. Dari yang ringan-ringan kepada yang agak berat, sehinggalah yang sangat berat, sehingga sampailah matlamat yang Tuhan maksudkan. Kalau kita baca dari ayat ‘Bismillah’ hingga ayat ‘lyyakana’budu…’, banyak ilmu pendidikan yang kita dapat.

Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara bertahap agar sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Sebab Tuhan jadikan akal dan fitrah manusia tidak boleh diasak sekaligus kerana ia akan rosak. Sama ada ia tidak tahan dan jadi jumud atau jadi militan dan agresif. Kedua-duanya Tuhan tidak mahu kerana kedua-duanya bahaya. Sebab itu Tuhan mendidik secara bertahap.

Matlamat terakhir adalah supaya Tuhan itu manusia sembah dan hendaklah manusia meminta tolong dariNya. Itu kemuncak kepada pengenalan dari didikan secara tadarruj atau yang beransur-ansur tadi. Matlamat Tuhan ialah supaya orang akui Dia Tuhan dan mesti sembah Dia. Di awal surah, Dia tidak terus kenalkan diri Nya, “Aku Tuhan.Tapi Tuhan perkenalkan diri-Nya secara sedikit demi sedikit, iaitu:


1. Tuhan kenalkan diriNya dengan secara gembira atau tabsyir: Dalam ‘Bismillah’, dikenalkan Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dirasakan nikmat yang terlalu banyak. Ada nikmat rohaniah, maknawiah dan ada nikmat lahir. Bila disebut begitu, ada dua perkara yang tersirat yakni:

a) Ada khabar gembira. Nikmat itu adalah khabar gembira.
Tidak ada nikmat melainkan yang Tuhan beri. Tidak ada saluran selain dari Tuhan. Sama ada nikmat maknawi atau yang lahir.
Mungkin kita tidak terasa kerana kita sudah lama menjadi orang Islam dan sudah sering mendengar Fatehah sehingga kita sudah lali. Orang Arab, waktu mula-mula datang wahyu itu, 1500 tahun lalu, bila turun ‘Bismillah’, mereka terkejut. Sebelum turunnya ayat itu, mereka fikir nikmat itu dari jin, malaikat atau bagi hamba sahaya, mereka ingat nikmat itu datang dari tuannya. Dengan turunnya ayat ‘Bismillah’, mereka terkejut dan tersedar, rupanya nikmat-nikmat itu datangnya dari Tuhan. Jadi dia terasa bahawa rupanya Tuhan itu Maha Baik.

2. Bila sudah faham bahawa nikmat ini khabar gembira dari Tuhan maka Tuhan mengajak memuji Dia dengan ayat “Alhamdulillah…” Bagaimana kalau tidak sebut nikmat, tidak sebut khabar gembira tetapi terus disuruh memuji Allah? Tentu orang akan rasa, kenapa hendak puji Tuhan? Begitulah cantiknya cara Tuhan mendidik manusia.

3. Selanjutnya, manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi. Hanya untuk Allah. Raja atau orang besar tidak boleh kongsi pujian itu dengan Tuhan. Kalau kongsi dengan Tuhan, itu dosa paling berat. Bila dikatakan nikmat itu dari Tuhan, jadi layaklah Tuhan sahaja yang boleh dipuji. Tuhan kenalkan lagi diriNya bahawa Dia,‘Rabbul ‘alamin,’ yang mentadbir seluruh alam, dunia dan Akhirat. Orang yang mula-mula dengar ayat ini, 1500 tahun lalu merasa terkejut. “Hebat Tuhan, ya. Bukan sahaja Dia beri nikmat dan Dia yang patut dipuji, rupanya Tuhan itu mentadbir.” Lagi terasa besarnya Tuhan itu. Bukan sahaja Dia mentadbir dunia, bahkan Akhirat pun Dia tadbir.

4. Kemudian Tuhan perkenalkan diri-Nya lagi dalam ‘Arrahmanir rahim’. Diulang lagi tentang khabar gembira dan ada tanzir yang menakutkan. Cara Tuhan beri nikmat pada manusia ada dua iaitu dengan cara pemurah dan cara kasih sayang. Kadang-kadang atas nama kasih sayang, Dia beri sedikit sahaja nikmat . Atas nama pemurah, Dia beri banyak. Tapi nikmat yang diberi atas nama pemurah, itu boleh jadi secara istidraj. Tuhan beri banyak itu mungkin secara murka.

Di sini orang naik takut dan akan berfikir, adakah nikmat dari Tuhan itu dia dapat atas dasar istidraj atau atas dasar rahmat. Di sini ada tanzir, ada didikan untuk menakutkan. Sehingga bila seseorang dapat nikmat Tuhan, dia tidak akan lupa diri. Tuhan beri sedikit kepada orang yang Dia sayang, atas dasar rahmat juga. Seolah-olah Tuhan kata, “Buat apalah Aku beri banyak di dunia. Beri sedikit dahulu kepada hamba yang aku sayang. Aku hendak simpan nikmat untuknya di Akhirat.” Tetapi manusia tidak faham. Bila dapat sedikit, rasa sedih sangat.

5. Kemudian Tuhan kenalkan lagi diri-Nya agar rasa cinta dan takutkan Tuhan itu bertambah. ‘Malikiyau middin’, Dia kenalkan diri-Nya bahawa Dia miliki Akhirat. Tidak sebut dunia. Di sini juga ada didikan iaitu:

- Tuhan hendak sedarkan manusia bahawa dunia yang kita pandang hebat itu sehingga manusia sampai bergaduh dan berperang, rupanya tidak ada nilai di sisi Tuhan. Manusia sahaja yang memandang dunia itu besar sedangkan bagi Tuhan, tidak ada nilainya dunia sekalipun sekadar sebelah sayap nyamuk. Maka carilah dunia untuk Akhirat. Jika tidak, manusia akan sangat rugi.Tuhan pamerkan juga bahawa kuasa mutlak itu di tangan Tuhan, tidak dikongsi langsung dengan sesiapa.

6. Terasa lagi kebesaran Tuhan. Setelah Tuhan perkenalkan diri¬Nya dari ayat satu sehingga empat, setelah terasa kebesaran Tuhan, maka barulah Tuhan cakap bahawa hanya Dia yang disembah dan Dia tempat meminta pertolongan. Dalam ayat kelima itu, setelah ilmu tentang Tuhan sudah lengkap, barulah Tuhan arahkan agar Dia disembah, ‘Iyyaka na’budu wa iyyaka nas ta ‘in. ,

Cara yang Tuhan lakukan itu dalam mendidik manusia, Tuhan minta agar kita lakukan juga kepada manusia lain. Cara mendidik dan cara mengasuh telah Tuhan tunjukkan dalam Fatehah tadi iaitu secara beransur-ansur. Cara itulah yang Tuhan minta kita buat dalam mendidik manusia sehingga akhirnya manusia menyembah Tuhan.

Itulah ilmu atau teorinya. Luar biasanya Tuhan bila Tuhan pun telah tunjukkan realiti dari teori ini. Tuhan aplikasikan teori itu di mana perintah sembahyang diturunkan setelah 11 tahun kerasulan. Di peringkat awal, selama 11 tahun, Tuhan turunkan ayat-ayat untuk mengenalkan Tuhan.

Kalau dari awal diperintahkan sembahyang, kita akan ragu dengan teori pendidikan secara’beransur-ansur tadi. Seolah-olah Tuhan cakap lain tetapi buat lain. Tetapi terbukti, realitinya tepat dengan teorinya. Nampak kebesaran Tuhan. Cantik sungguh didikan Tuhan. Rasulullah SAW mendidik manusia dengan kenalkan Tuhan dahulu. Pada tahun ke-11 kerasulan barulah solat diwajibkan.

ltulah ilmu pendidikan yang kita dapat cungkil dari’susunan ayat dalam surah Al Fatehah. Allahu Akbar.

0 comments:

 

My Blog List

Hello