Showing posts with label Dosa. Show all posts
Showing posts with label Dosa. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Husnul Khotimah

0 comments
Terangkanlah, terangkanlah
Jiwa yang berkabut, langkah penuh dosa
Bila masa, telah tiada, kereta kencana datang tiba-tiba

Air mata dalam duka, tak merubah ceritanya
Hanya hening dan berjuta tanya
Dalam resah, dalam pasrah

Terangkanlah, terangkanlah 
Hati yang mengeluh, saat hilang arah
Detik waktu, yang memburu 
Detik yang tak pernah kembali padaMu

Terangilah, terangilah
Bimbing kami dalam langkah
Ampunilah, maafkanlah
Dosa hidup sebelum diakhir masa

Ya Allah biha Ya Allah biha
Ya Allah bi Husnul Khatimah...


Read full story

Sunday, October 18, 2009

Kisah Jemaah Tabligh di Padang, Sumatera

0 comments
(Padang banyak kaitannya dengan Negeri Sembilan , terutamanya di Rembau. Janganlah biarkan masjid-masjid di Rembau dan seluruh N.Sembilan ini mati apatah lagi dirobohkan)

Diedit dari laman blog Ustaz Hambali http://hambalialors tari.blogspot. com/2009/ 10/padang- yang-aku- kenali.html 

Padang Yang Aku Kenali :

Namun begitu usaha agama di Padang agak perlahan berbanding dengan Medan, Pekan Baru dan juga Jambi. Kesemua tempat ini telah pernah aku keluar di sana. Pekan Baru pada tahun 1985, Medan pada tahun 1997 dan Jambi 2006. 

Masjid lebih ramai wanita yang hadir daripada lelaki. Malah ada masjid yang pengerusinya (Ketua masjid) adalah perempuan. 

Malah ada sesetengah masjid yang ada tempat mandiannya mereka mandi bogel tanpa sebarang rasa malu. Ini berlaku di hadapan mata kami sendiri. Hairannya tidak ada sebarang teguran dibuat.

Antara perkara unik yang aku dapati adalah pemeliharaan anjing di rumah orang-orang Islam seperti memelihara kucing di sini. Malah ada ulama yang aku khususi pun memelihara anjing. 

Bila usaha agama begitu lembab maka natijahnya amalan agama makin pudar. Satu pulau yang berdekatan hampir 80% penduduk Islam di sana telah murtad. 

Sebenarnya Padang adalah tempat lahir berbagai ulama besar di Indonesia, Imam Bonjol, Kiyai H.Sulaiman Rasyid dan Prof.Dr. Hamka adalah berasal dari sini.

Hari ini Padang telah musnah dengan gerak gempa. Ratapan, tangisan dan kesedihan oleh penduduknya hasil kesan dari bencana berkenaan. 

Semuga Allah swt mengembalikan Padang seperti peringkat awalnya dan ianya memerlukan usaha dan doa kita semua. 
Read full story

Friday, October 16, 2009

Ku Sesali Segalanya

0 comments
Tidak sesukar mana untuk aku fahami
Apa yang sedang cuba disampaikan
Badai bencana yang telah menimpa diri
Apakah mungkin hadir sebuah keinsafan

Dulu hidupku penuh dengan warna-warni
Dikurniakan Tuhan segala yang aku ingini
Dan aku hidup leka , hanyut dalam kelalaian
Sehingga semuanya hilang dan teruspergi..
meninggalkan…

Oh inikah pembalasan yang perlu aku tanggungi
Di atas kesilapan yang tak pernah aku peduli
Tidak terdaya aku menghadapi semua ini
Terasa sungguh lemah dan naif diri ku ini

Seandainya bisa ku memutar kembali masa
Tidak sesekali akan ku lakukan semua itu
Ku menghamburkan tangis, kekesalan dirasa
Oh Tuhan , Kau ampunkanlah hamba-Mu
Ku sesali segalanya…..

Tekad ku menempuh hidup yang baru
Kerana ku yakin Tuhan ada bersamaku
Dia Pengampun, Maha Pengasih
Ku tunduk pada rahmat kasih sayang … 
Rabbul Izzati….
Read full story

Tafakur

0 comments
Robbana 
Ya Tuhan kami
Bersihkanlah hati kami
Dari noda iri dan dengki
Dari cacat, angkuh dan sombong

Robbana 
Ya Tuhan kami
Sembuhkanlah hati kami
Dari sifat tipu dan dusta
Dari cacat, ujub dan ridah

Mulut kami suka betul bergunjing sepanjang hari
Mulut kami senang betul menyakiti hati kawan sendiri

Robbana 
Ya Tuhan kami
Bersihkanlah hati kami
Dari noda, ujub dan riya

Robbana 
Ya Tuhan kami
Read full story

Thursday, July 23, 2009

Tazkirah Remaja: Iman tidak sempurna jika guris hati ibu bapa

0 comments

SILATURAHIM adalah satu sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini.

Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.


Ada banyak kes pada hari ini menunjukkan silaturahim bsukanlah suatu ikatan yang diutamakan dalam diri setiap individu.

Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak, isteri membunuh suami yang curang dan juga cucu membunuh nenek atau datuk.

Malah, yang paling menyayat hati seorang ibu sanggup menggugurkan anak yang dikandung dan jika lahir pun, bayi itu sanggup dibuang merata-rata laksana sampah yang tiada nilainya.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti.

Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang maha besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa mereka sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.

Malah, sehingga kita mati pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa.

Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya.

Kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah.

Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?”

Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita.

Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Allah memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga yang dekat atau jauh.

Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah an-Nisaa’, ayat 36, bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya.”

Read full story

Ghibah (Mengumpat)

0 comments
 
Apakah ghibah atau mengumpat ? Iaitu mengucapkan perkataan (atau dengan gerak badan, mata, tulisan dsbnya) sesuatu yang tidak
disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.

Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum muslimin (tiada seorangpun membangkang) . Maksudnya, mereka bersepakat mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di belakangnya.

 
 

Hukum Ghibah (Mengumpat)
Umat Islam seluruhnya juga telah ijma' mengatakan bahawa hukum ghibah adalah haram. Sebahagian dalilnya ada termaktub pada ayat al-Quran dan hadis di atas. Dan terdapat di dalam sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa orang yang mengutuk orang Islam yang lain sebagai fasik (lihat min fathil mubtadi bi syarhi muhktasar al-zabidi).

Dan siksaannya amat berat sekali, kerana ia adalah termasuk antara dosa-dosa besar. Dalam sebuah hadis ada menceritakan bagaimana dua orang ahli kubur sedang disiksa. Yang seorang gemar menyampaikan aib orang dan yang seorang lagi tidak bersuci dengan sempurna selepas kencing (lihat hadis berkenaan riwayat Bukhari).

Namimah pula ialah mengadu domba. Iaitu menyampaikan perkataan orang lain untuk membuatkan kedua-dua belah pihak berkelahi.

Jadi, apabila hukum ghibah dan namimah itu haram, maka menasihati orang yang melakukan ghibah adalah wajib. Jika tidak berdaya hendaklah beredar dari majlis berkenaan. Jika tidak berdaya juga, hendaklah engkar di dalam hati.

 

 

Ghibah(mengumpat) diperbolehkan
Hukum ghibah adalah haram. Ini adalah hukum asal. Atas alasan-alasan syarak ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah

 
Untuk membela diri. Adalah dibenarkan jika:
a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.
Contohnya, saudara telah dituduh mencuri, sedangkan saudara tahu siapa yang mencuri. Saudara terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).

Di bawah ini saya senaraikan enam tempat yang dibenarkan ghibah. Saudara boleh timbangkan dengan masalah yang saudara hadapi:

Pertama: Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

Kedua: Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian anak-anak muda di kawasan saudara  membawa perempuan ajnabi balik ke rumahnya (berkhalwat) . Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

Ketiga: Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada ulamak/mufti meminta fatwa. "Suami saya tidak memberi saya nafkah selama sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya lakukan?"

Keempat: Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat agamanya. Jika memadai dengan kata 'JANGAN', hendaklah saudara mengatakan begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

Kelima: Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan, bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

Keenam: Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan menyebut julukkan itu, elakkan..

Dalil:
Firman Allah Taala:
"Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, kecuali dari orang-orang yang teraniaya..." (al-Nisaa', ayat 148)

Hadis:
"Aisyah r.a. berkata: Seseorang datang minta izin kepada nabi s.a.w. (masuk ke rumah). Lalu nabi s.a.w. bersabda: Izinkanlah. Dia adalah sejahat-jahat orang di kalangan kaumnya." (riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis:
"Aisyah r.a. berkata: Hindun binti Uthbah (isteri Abu Sufian) berkata kepada nabi s.a.w.: Sesungguhnya Abu Sufian seorang yang kedekut dan tidak memberi cukup belanja kepada ku dan anak-anakku, kecuali kalau saya ambil di luar pengetahuannya. Nabi s.a.w. menjawab: Ambillah secukupmu dan ank-anakmu dengan sederhana." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis:
"Fatimah binti Qais berkata: Saya datang kepada Nabi s.a.w. bertanya tentang dua orang yang meminang saya, iaitu Abu Jahm dan Muawiyah. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Adapun Muawiyah, dia adalah seorang yang miskin, manakala Abu Jahm, dia adalah seorang yang suka memukul isteri." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. ada menceritakan keburukkan orang lain untuk mencapai maksud yang dibenarkan oleh syarak. Dan tiada pilihan lain melainkan memberitahu aib orang berkenaan.
Wallahu'alam..

Rujukan:
Untuk mengetahui lebih lanjut dan terprinci lagi mengenai ghibah sila rujuk al-Ihya' Ulumuddin - al-Ghazali & al-Azkar - Imam al-Nawawi. Untuk mereka yang tidak dapat membaca kitab asalnya yang berbahasa Arab, bolehlah dapatkan terjemahan kedua-duanya. 
Read full story

Wednesday, June 24, 2009

SUSUK

0 comments

Ketika menziarahi jenazah seorang kenalan terjumpa kawan lama.
Tentu banyak yang hendak dibualkan, dua hari berada di sana,
sebelum pulang  kami singgah di rumah seorang teman. di sini
banyak perkara yang hendak dibualkan oleh kami, dia seorang
doktor tentu banyak pengalaman, banyak cerita yang menarik.
Cuma cerita susuk yang hendak aku ceritakan, untuk direnungi oleh
wanita yang ingin dipandang manis dan cantik. Kisah yang menyanyat
hati seorang wanita yang masih solo mati di bunuh di tempat tinggal-
nya.Mati dalam keadaan bogel dan leher di jerut. Di sini tak payahlah
diceritakan siapa wanita ini hanya sebagai Maria.

Selepas jenazah di kebumikan pada malam itu terdapat beberapa
peristiwa anih di kampung itu.Yang terlalu menakutkan bagi seorang
penjual bugger, pada malam itu di datangi oleh seorang wanita yang
mirip dengan Maria ( bukan nama sebenar) untuk membeli bugger,
setelah siap lelaki itu pun menghulurkan bugger pada Maria, tiba-tiba
bugger jatuh ke tanah, dengan pantas Maria mengambil dengan Lidah.
Tentu kita dapat bayangkan bagaimana situasi penjual bugger tu sampai
demam. Akhirnya ada beberapa orang kampung temui keluarga Maria
dan menceritakan apa yang telah terjadi. Pada keesokan setelah
dapat kelulusan dari pehak yang tertentu, kubur Maria di gali semula
atas alasan untuk siasatan (tapi untuk membuang susuk)

Sebenarnya atuk Maria telah memasukan susuk pada wajah Maria,
tanpa diketahui oleh saudara yang lain.Patutlah wajah Maria nampak
manis dan cantik kalau nak di bandingkan dengan adik beradik yang
lain.Itulah kelebihan Maria dalam jangka masa yang singkat punyai
kereta dan peginapan mewah...

Dizaman yang moden ini masih ada yang memakai susuk, apatah
lagi dengan teknology yang canggih wanita juga menggunakan botox
untuk kelihatan cantik.Mengubah ciptaan ALLAH, kecualilah kiranya
ada kecacatan yang tertentu di bolehkan mengubahnya.

Inilah masih ada wanita untuk kelihatan cantik sanggup lakukan apa
saja tanpa memikirkan keburukanya. Dan terdapat juga wanita untuk
jadikan suami tunduk padanya sanggup beri makan yang bukan-
bukan pada suami termasuk darah haid.Kerana sayang takut suami
beralih arah sanggup lakukan apa saja, ingatlah tidak berbaloi lakukan
ini semua hanya kerana seorang lelaki. Ingatlah tanpa iman, kita bagai
kan kaca jendela yang kotor di tengah kegelapan.

p/s harap maaf di atas sebarang kesilapan, yang baik dari ALLAH.yang
tidak baik adalah kelemahan saya.


Read full story
 

My Blog List

Hello