Sunday, February 22, 2009


Perpisahan? Itu hanya sebahagian daripada sunah alam. Pertemuan dan perpisahan dalam kehidupan hanya sebahagian daripada perjalanan hidup yang dilalui oleh setiap manusia. Perpisahan tidak akan dapat dielakkan dan ia berlaku dalam pelbagai bentuk. Sebab ia sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan, jadikanlah perkongsian hidup bersama sama ada dalam rumahtangga, di tempat kerja, kejiranan dan apa jua bentuk kehidupan secara bersama sebagai suatu perkongsian yang membahagiakan dan memberikan kesejahteraan kepada setiap ahli. Apabila perpisahan berlaku, yang diingati hanya kenangan indah dan perkara yang baik-baik sahaja untuk diingati. Perpisahan memang berlaku tetapi yang membezakan setiap perpisahan adalah nilai yang ditinggalkan.

Perpisahan adalah kehilangan
lumrah manusia dan kehidupan
hakikat yang perlu diterima dengan kesabaran
itulah anugerah yg tuhan berikan
kesusahan dan kesenangan
semuanya bermula dengan keredhaan

Jika Tuhan menghendaki sesuatu kebaikan
tiada apa yang dapat menghalang dari limpah kurniaan
yang penting manusia perlu ada keberanian
keberanian menghadapi perpisahan
kerana perpisahan mengajar kita erti kedewasaan, persahabatan dan rahmat tuhan.

Perpisahan wajib bagi setiap insan, yang jarang sekali dikenang, apatah lagi untuk jadi topik perbincangan. kalau pun ada, bila ada saudara atau kenalan terdekat yang telah dijemput pulang, ketika itulah sedikit dibicarakan tentang kematian.

Sedikit sahaja yang mengambil pengiktibaran. tentang hakikat kematian - pengembaraan panjang di alam baru, keseorangan, hanya amal menjadi teman.

barzakh - boleh jadi satu taman dari taman-taman syurga, dan mungkin juga satu lubang dari lubang-lubang neraka.

Allahumma ajirna minannar!!

0 comments:

 

My Blog List

Hello