Sebuah hadis yang dikeluarkan oleh al-tarmizi daripada al-Hakim,daripada Abdullah bin abdillah, daripada sai`d bin Musayyab, daripada Abdul Rahman bin Samurah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud :
` Semalam aku melihat perkara yang menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki itu, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa dengan malaikat Maut lalu menghalang malaikat Maut daripada mengambil nyawa lelaki itu.
( dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu ).
Begitu juga aku melihat seorang lelaki daripada kalangan umatku yang sedang berhadapan dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wudhuk orang itu yang cukup sempurna lalu menangkis azab kubur itu, sehingga lelaki itu terlepas daripada azab kubur yang sudah bersedia mengazabnya.
Begitu juga aku melihat seorng lelaki daripada kalangan umatku yang dikelilingi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu dan menghambat syaitan-syaitan itu. Maka orang itu terlepas daripada perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.
Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh malaikat azab yang sudah bersiap-sedia hendak mengazab orang itu maka datanglah amalan solat ( solat fardu dan sunat ) orang itu lalu melepaskannya daripada azab itu .
Selain itu aku melihat umatku dalam keadaan terlalu dahaga , setiap kali dia pergi ke kolam-kolam air, ada orang yang menghalangnya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah dia sehingga hilanglah dahaganya.
Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu dia akan di halau. Kemudian datanglah amalan orang itu berupaya amalan mandi janabah, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya dalam kumpulan manausia dan para nabi.
Begitu juga aku melihat umatku sedang dikelilingi oleh gelap-gelita menyebabkan dia kebingungan. Ketika itu datang amalan hají dan umrahnya lalu menariknya daripada keadaan gelap gelita dan menghantarnya dalam kumpulan manusia dan para nabi.
Begitu juga aku melihat seorang daripada kalangan umatku yang mahu bercakap dengan orang lain , malangnya orang-orang itu tidak mahu berkata-kata dengannya. Ketika datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia ` Wahai orang-orang mukmin semua , berkata-katalah terhadap orang itu’ . Setelah itu maka orang-orang mukmin berkata-katalah dengan orang berkenaan.
Aku juga melihat seorang umatku sedang ditimpa percikan api, ketika itu datanglah amalan sedekah lalu menjadi perisai kepada orang itu daripada bahaya semburan api itu.
Selain itu aku juga melihat seorang dari umatku yang sedang di heret ke dalam api neraka . pada ketika itu datanglah amalan amr makruf nahi mungkar bersama dengan malikat Rahmat, lalu menyelamatkan orang berkenaan dari kawah api neraka.
Aku melihat seorang daripada umatku yang jalan merangkak bagi menemui Allah s.w.t , tetapi malangnya ada tembok yang memisahkan mereka dengan Tuhannya. Ketika itu datanglah amalan mereka berupaya akhlak mulia, lantas memimpin tangan orang itu menuju ke hadrat Allah s.w.t.
Sesungguhnya aku juga melihat suratan amalan umatku yang dihulurkan kepadanya oleh malaikat dengan tangan kiri, ketika itu datanglah kepadanya amal ibadahnya yang disebabkan rass gerun pada Allah. Amal yang disebabkan disebabkan gerun pada Allah itu menjadi penangkis kepada suratanyang bakal diterima melalui tangan kirinya, menyebabkan bertukarlah suratan amal itu menjadi suratan amal dari sebelah kananya.
Begitu juga aku melihat seorang daripada umatku timbangan amal kebajikan terlalu ringan sebaliknya timbalan amalan yang jahat adalah melebihi timbangan amalan baiknya. Ketika itu datanglah anak-anak orang itu yang mati ketika kecil, lalu timbangan amal kebajikan orang tuanya menjadi berat.
Aku juga melihat antara umatku yang sedang berdiri di tepi neraka jahanam dan hampir-hampir terjerumus ke dalamnya, maka ketika itu datanglah amal jahat yang tidak jadi di lakukannya semata-mata kerana gerun pada Allah. Amalan itu menarik tangan tuannya hingga terselamatlah dia daripada api neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.
Aku juga melihat umatku sedang menjunam jatuh ke dalam api neraka, tiba-tiba datang air matannya yang mentís semasa di dunia dahulu disebabkan oleh sesalan terhadap perbuatannya yang buruk , semata-mata kerana Allah . Lalu air mata sesalannya itu menyambarnya daripada terus terjatuh ke dalam neraka itu.
Aku juga melihat di kalangan umatku sedang mengensot dan merangkak di atas titian sirat, ketika itu datanglah amalan selawatnya kepada aku ( Rasulullah s.a.w ) lalu dipegangnya tangan orang itu dan diangkatnya berdiri tegak. Maka selawat itu memimpinya terus merentasi titian sirat itu dan selamat sampai ke syurga.
Akhirnya aku juga melihat di kalangan umatku yang telah sampai ke syurga, malangnya setiap pintu syurga yang hendak dilaluinya tertutup dan terkunci untuknya . Ketika itu datanglah syahadatnya yang menjadi pegangan aqidahnya, maka terbukalah pintu syurga dan dapatlah umatku itu memasuki syurga dengan aman’.
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada hadis ini. Ameen...
Petikan daripada buku `BERTEMU JANJI ALLAH’ oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
0 comments:
Post a Comment