Tuesday, November 18, 2008

Kisah Benar... Hampir Dirogol...!!!



Message: Kisah benar dari US . Banyak
kisah-kisahaneh yang menakjubkan
sebegini telah berlaku. Moga kita boleh
ambil iktibar.

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang
bekerja di US, memakai tudung
dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik
kerumah dari tempat kerjanya.
Kebetulan dia mengambil jalan singkat
untuk pulang. Jalan yang diambil
pula agak tersorok dan tidak banyak
orang yanglalu lalang pada masa
itu. Maklum hari sudah lewat malam.
Berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan
rasa takut berjalan
berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki
(kulit putih Amerika)
bersandar di dinding di tepi lorong itu.
Dia mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang saudari kita ni
boleh buat adalah berdoa ke
hadrat Allah memohon keselamatan atas
dirinya.

Dia baca ayat Kursi
dengan penuh pengharapan agar Allah
membantu dia disaat itu.Masa dia
melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat
mengecam muka lelaki itu. Nasib baik
lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca
dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10
minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.

Muslimah ini yakin benar
lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu. Atas
rasa tanggungjawab dia terus ke
balai polis dan buat aduan. Wanita ni
dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti
bahawa lelaki tersebut adalah perogol
yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga
kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong
tersebut walhal dia keseorangan
di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol
perempuan yang lalu selepas dia.
Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya.
Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi
sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat l ain ).

Dia pun tanya perogol itu 
 "Why don ' t
you do anything to me on that
night even though you know that I ' m
alone?"
 

Perogol tu jawab:
 "No, you are not alone. That
night I saw two young man
walking with you. One on your right side
and the other one was by your
left side. If you were alone of course
you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila
dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana
memelihara dia malam itu, mungkin
juga berkat ayat Kursi yang dia baca
malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan
sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita.
Muslimah tadi pertama-tamanya
menutup aurat dan memang Muslimah yang
menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau
aurat terbuka malaikat pun
malas dekat).Mungkin dua orang lelaki
yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang
diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
yang sentiasa ingat akan diriNya.
Ayat Kursi sememangnya adalah ayat
pelindung yang mustajab...selalulah
amalkannya.

Bayangkan anda seorang yang
selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan
nikmatnya, sambil lewa
beribadat.Dapatkah anda mendapat
pertolongan sebegini dari Allah?
Balasan Allah tu boleh datang semasa di
dunia lagi. Di akhirat kelak
memang pasti kerana itu janji Allah..

Jadi, renungkanlah di mana level
' iman ' kita sekarang ini. Wassalam.
Barang siapa membaca ayat Kursi apabila
berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi
ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya [Dari Abdullah
bin ' Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat
menarik pada pandangan
saya.


-copy dr seorg akhwat-

from OgGyE.........

0 comments:

 

My Blog List

Hello