Thursday, September 3, 2009

Hebatnya Doa Mereka Yang Di Tanah Suci


Daripada Umar bin al-Khattab r.a.,katanya, saya meminta izin kepada Nabi s.a.w. untuk melakukan umrah, beliau mengizinkan lalu bersabda: "Jangan engkau lupa untuk mendoakan kami, hai saudaraku." Beliau telah mengucapkan sesuatu kalimat yang saya tidak merasa senang walaupun diganti dengan seluruh isi dunia. (maksudnya Umar r.a. tidak senang kerana baginda memintanya berdoa untuk baginda dan sahabat yang lain di dalam umrahnya nanti. Permintaan itu dianggap amat besar nilainya melebihi nilai dunia dan seisinya.)

Dalam riwayat lain disebutkan: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sertakanlah kita, hai saudaraku dalam doamu itu!"

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Tirmidzi dan Tirmidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

0 comments:

 

My Blog List

Hello